University profile

University of Surrey

Edition
2015/16 edition

About University of Surrey

three people

Universiti Surrey merupakan salah sebuah universiti paling profesional, saintifik dan berteknologi di UK. Dinamakan sebagai Universiti Terbaik The Times dan Sunday Times bagi tahun 2016, Surrey mempunyai profil bertaraf dunia dan reputasi yang utama dalam pengajaran dan penyelidikan.

Penyelidikan berdaya cipta yang dijalankan di Universiti ini memberi manfaat kepada semua bidang ekonomi dan membantu industri di UK untuk mengekalkan daya saing. Kami telah memperoleh reputasi yang kukuh dalam bidang kesihatan, perubatan, angkasa lepas, alam sekitar dan komunikasi mudah alih.

Asal-usul Universiti boleh disusur kembali hingga ke tahun 1891, sejak tahun itu kami telah mengekalkan komitmen kami untuk aktiviti akademik kelas pertama dan penyelesaian-penyelesaian dunia yang nyata. Hari ini, kami tetap setia kepada matlamat tersebut dan berusaha untuk menjadi 100 universiti paling Teratas di dunia pada tahun 2017.

Perkara-perkara yang menakjubkan berlaku di Surrey – kami berharap dapat berkongsi dengan anda.

Dapatkan maklumat lanjut

Pada tahun lalu, Surrey telah mengukuhkan kedudukannya sebagai sepuluh universiti paling teratas dalam kedudukan tiga carta liga universiti kebangsaan yang utama.

Kami juga telah dinamakan untuk kedua-dua, 'Universiti Terbaik' dan 'Universiti Terbaik bagi Pengalaman Pelajar' dalam Panduan Universiti Terbaik The Times dan Sunday Times bagi Tahun 2016.

Surrey juga menduduki dalam satu peratus universiti yang teratas dalam dunia oleh Kedudukan Universiti Dunia QS bagi Tahun 2015.

Status kami sebagai sepuluh universiti teratas membolehkan kami untuk menarik peningkatan bilangan pelajar, kakitangan dan rakan kongsi yang berkaliber tinggi ke institusi ini.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan kami.

Pelajar antarabangsa telah datang ke Surrey dalam tempoh sejarah kami yang panjang, dan hari ini kami berbangga menjadi salah sebuah universiti yang mempunyai paling pelbagai budaya di negara ini. Sama ada anda dari EU atau lebih jauh, sini di Surrey anda akan tinggal dan bekerja dengan mereka dari latar belakang yang berbeza. Dengan lebih 3,600 orang pelajar pascasiswazah dari lebih 120 buah negara, pengalaman pembelajaran dan pengajaran anda akan meletakkan anda dalam persekitaran antarabangsa dan penuh rangsangan yang sebenar.

Lawati laman web

aerial view

Kampus kami yang indah terletak dalam kawasan 700 ekar tanah berlandskap di pinggir pusat bandar bersejarah Guildford, dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari stesen kereta api. London, salah sebuah daripada bandaraya di dunia yang paling dilawati, hanya 34 minit perjalanan dengan kereta api dan Universiti tersebut boleh dikunjungi dengan mudah dari dua buah lapangan terbang antarabangsa terbesar, iaitu Heathrow dan Gatwick. Semua ini menjadikan bandar ini mudah untuk dikunjungi bagi pelajar dan pelawat, serta sebagai tempat yang sesuai untuk meneroka dengan lebih jauh. Bandar daerah Guildford menawarkan perpaduan hiburan, budaya dan sejarah yang bertenaga.

Sebuah tempat yang selamat untuk tinggal dan belajar, warga kampus kami yang mesra menggalakkan rasa semangat kekitaan sebenar. Anda akan berasa selamat di kampus kami seperti berada dalam mana-mana kawasan perkampungan. Dan ia sentiasa menenangkan untuk mendapati bahawa, tidak kira pada bila-bila masa sama ada siang atau malam anda bergerak di sekitar kampus, anda berada di tempat yang selamat dengan pasukan Keselamatan kami yang mesra, dan pejabat mereka sentiasa dibuka serta dikendalikan untuk menerima panggilan telefon anda.

Tempah untuk lawatan dalam kampus

Universiti Surrey hanya sepuluh minit berjalan kaki dari pusat Guildford, di tengah-tengah bahagian tenggara England. Guildford menawarkan perpaduan hiburan, budaya dan sejarah yang bertenaga dan telah dinamakan sebagai salah sebuah tempat yang terbaik untuk tinggal di Britain oleh The Sunday Times pada tahun 2014.

Sama ada anda berpindah ke UK untuk kali pertama atau anda mahu keselesaan untuk tinggal dengan mudah bagi mengunjungi kemudahan akademik, Surrey menawarkan pelbagai tempat penginapan. Sebagai pelajar pascasiswazah antarabangsa, anda akan dijamin tempat penginapan dalam kawasan perumahan Universiti.

Pelajar baharu yang memohon untuk tempat penginapan sebelum tarikh tutup yang sewajarnya, adalah dijamin tempat penginapan tersebut, sila lihat dasar tempat penginapan kami untuk maklumat lanjut. Pelajar tahun pertama juga disediakan dengan pelbagai sokongan untuk mencari tempat penginapan yang sesuai.

Disusun dalam Kawasan Kediaman (kumpulan perumahan layan diri) dan harga yang sesuai dengan belanjawan yang berbeza, tempat penginapan kami telah direka untuk menjadi selesa dan selamat – oleh itu anda bebas untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran anda dan menikmati semua yang ditawarkan oleh Surrey.

Jika anda datang ke UK dari negara lain, terdapat satu pasukan sokongan pelajar antarabangsa yang berada di sini untuk membantu anda menyesuaikan diri dan menikmati kehidupan anda di Universiti.

Kami menawarkan nasihat profesional mengenai imigresen dan pengeluaran visa, maklumat sebelum berlepas, peraturan-peraturan pekerjaan dan kebajikan pelajar antarabangsa.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai sokongan yang ditawarkan kepada pelajar Antarabangsa

Kampus tepi tasik mendapat manfaat daripada kemudahan utama negara termasuk Pusat rasuk Ion, yang digunakan oleh ahli akademik dari universiti lain, dan Taman Sukan Surrey yang bernilai £36 juta, pembangunan bertaraf dunia yang merupakan rumah kepada pelbagai pasukan, ahli sukan dan acara sukan profesional.

Pelaburan bernilai jutaan pound yang sangat banyak dilakukan. Pusat Kesenian Ivy dan perkampungan pelajar Taman Manor semua mewakili projek utama, dengan Sekolah Perubatan Veterinar yang baharu (dibuka pada bulan September 2015) dan Pusat Inovasi 5G (dibuka pada bulan April 2015) meneruskan arah aliran pelaburan di tempat yang terbaik.

library

Pusat Perpustakaan dan Pembelajaran yang bernilai £16 juta menawarkan persekitaran moden, pelbagai pengajian untuk pelajar, kakitangan dan pelawat. Khidmat wayarles diaktifkan di seluruh, bangunan ini termasuk dengan kumpulan dan kawasan pengajian senyap, mesin pencetakan dan fotokopi, layan diri, komputer dan kemudahan pembelajaran bahasa. Semua ini adalah sebagai tambahan kepada koleksi cetakan, maklumat dalam talian yang anda perlukan untuk pengajian anda dan kakitangan pakar yang boleh membantu membangunkan kemahiran akademik anda.

Di Universiti Surrey, kami komited untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan, membuka bidang baharu dan memberi kesan kepada ekonomi dan komuniti di seluruh dunia dalam bidang seperti tenaga mampan, telekomunikasi, angkasa lepas, kawalan penyakit dan kesihatan.

Kami telah memenangi tiga hadiah Queen's Anniversary untuk penyelidikan kami, yang terbaharu bagi penyelidikan air kami dalam 2011/12.

Kami menawarkan pelbagai program penyelidikan pascasiswazah di seluruh spektrum yang luas termasuk semua daripada tarian kepada penyiasatan ke dalam struktur atom. Program pengajian boleh membawa kepada kelayakan seperti Doktor Kejuruteraan (EngD) serta PhD dan MPhil. Di samping itu, kami menawarkan lebih daripada 110 program Masters.

Universiti mempunyai tiga fakulti: Fakulti Kesenian dan Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Fizikal and the Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan.

Menyertai komuniti pelajar pascasiswazah kami memberi peluang untuk melibatkan diri dengan ahli akademik dan rakan-rakan yang memberikan inspirasi dalam persekitaran menggalakkan dan menyokong pemikiran kritis.

Pengajian pada peringkat pascasiswazah di Surrey melibatkan lebih daripada hanya melihat dari segi pengetahuan; ia adalah mengenai membangunkan alatan bagi menilai dan melibatkan konsep dan soalan dalam disiplin anda.

Memandangkan dunia menghadapi cabaran yang semakin kompleks, pengajian pascasiswazah di Surrey menawarkan peluang untuk meneroka ini dengan kerjasama pelbagai, komuniti akademik antarabangsa, berkongsi idea dan belajar daripada satu sama lain di samping digalakkan untuk mencipta dan membentuk masa hadapan.

Program pascasiswazah kami akan menyemarakkan rasa ingin tahu anda, mengasah pengetahuan, kemahiran dan intelek anda, dan menyediakan jalan untuk masa hadapan anda yang menarik. Banyak perkara yang mengagumkan berlaku di Surrey dan kami berharap anda akan menyertai kami pada masa hadapan.

Muat turun brosur pascasiswazah.

Contact details

Address
GU2 7XH
+44 (0)1483 300800
Surrey
Telephone
+44 (0)1483 300800